RSS

Monday, June 8, 2009

Fakta Kasus Manohara - Versi Kubu Tengku Fachry

Membingungkan juga kalo mengikuti kasus Manohara, kita tidak tahu mana yang benar dan mana yang salah, karena cerita bergulir sangat cepat. Kita juga tidak tahu mana versi yang benar. Selama ini kita sudah mengetahui kisah manohara dari versi Ibundanya. Tapi gak ada salahnya kalo kita melihat kasus tersebut dari versi kubunya Tengku Fachry.

Berikut Kisah Drama Manohara versi dari Kubu Tengku Fachry yang diambil dari
: http://toughlane.blogspot.com/

Sungguh baik hati Tengku Temenggong. Walaupun dihina dengan tuduhan tanpa bukti oleh Isterinya Cik Puan Temenggong Manohara, beliau bersahaja, tidak bersedia untuk mengambil tindakan balas, tidak gopoh untuk mencabar, bahkan membiarkan Isterinya ke hulu ke hilir jumpa tv dan suratkabar bagi menuduhnya memperlakukan kekejaman terhadap Isterinya.

Kekejaman yang dilakukan oleh Tengku Temenggong kerana beliau dituduh, pada hal beliau tidak melakukannya, ini bererti beliau tidak kejam, sebaliknya Cik Puan Temenggong Manohara yang beraksi kejam terhadap suaminya Tengku Temenggong. Kejam kerana menuduh suaminya dengan mencipta reka cerita bahawa dia di silet-silet, disuntik, disterika sedangkan perkara yang dituduh itu tidak benar dan tidak ada bukti.

Yang anehnya, apabila blog ini mempertahankan tuduhan terhadap Tengku Temenggong dikatakan cuba hendak memanaskan perhubungan diantara dua negara, apa kaitan membongkar kepalsuan Dasiy Fajarina dengan Kerajaan. Orang buta pun faham, bahawa tidak ada kaitan langsung antara isu Manohara dengan keakraban diantara Malaysia dengan Indonesia. yang ada kaitan ialah tuduhan FITNAH terhadap Tengku Temenggong dengan Ibu Mertua Dasiy Fajarina yang 'gila harta' yang dijadikan anak sebagai 'modal' untuk memuaskan nafsu besar sebagai orang yang paling kaya dibumi Indonesia setelah 'gagal' beraksi di Perancis.

Dasiy Fajarina sudah berjaya memperbodoh 'junus', Dewi Sri Asih sudah menjelaskan tentang 3 orang pahlawan 'bodoh' yang membebaskan Cik Puan Temenggong dari mendampingi suami tapi masih 'gagal' mengenal pasti siapa bapa dan ibu kandongnya manakala Cik Puan Temenggong akan sepi setelah keagungan yang diperolehi dilenyapkan oleh Dasiy Fajarina kerana marah dan dendam kepada TT tidak menunaikan hajat nya.

Semua cerita dilayarkan di blog ini adalah tentang Tengku Temenggong dituduh tanpa bukti bahawa beliau telah menyiksa Cik Puan Temenggong Manohara oleh Dasiy Fajarina yang kita tahu latarbelakang Dasiy Fajarina tidak baik. TT dituduh melakukan kejahatan sebagaimana apa yang terjadi terhadap Salihah, oleh kerana Dasiy Fajarina berpengalaman bagaimana mahu menyiksa orang maka begitulah tuduhan dibuat terhadap TT.

Dalam pertemuan selama 12jam semasa di Singapore dengan Cik Puan Temenggong Manohara, disitulah disiapnya skrip apa yang perlu CPT Manohara baca dan lakunkan, itulah terjadi apabila CPT Manohara bertemu press di Jakarta, semua ceritanya sama dengan apa yang diceritakan oleh Dasiy Fajarina semasa CPT Manohara bahagia bersama suaminya di Kelantan.

Percayalah sekiranya Dasiy Fajarina membenarkan CPT Manohara berada disisi suaminya, pasti CPT Manohara akan bahagian apabila berada disisi TT dan itulah sebenarnya yang dimimpi-mimpikan oleh CPT Manohara. Perkataan 'benci'' yang keluar dari mulut CPT Manohara terhadap TT bukanlah keluar dari hati, tapi perkataan itu 'dipaksa keluar' kerana ingin mengambil hati kehendak Dasiy Fajarina. Kalau benci masakan mereka bercinta sejak tahun 2006 lagi.
Mungkin kah satu hari nanti, CPT Manohara ke Kelantan mencari suaminya atau bekas suaminya atau TT akan ke Indonesia kerana isteri barunya juga orang Indonesia. Siapa tahu?

Sejak akhir ini ramai orang memberi komen berhubung dengan penulisan dan penyampaian maklumat berhubung isu Tengku Temenggong Kelantan dengan Manohara dan tentunya komen-komen tersebut ada yang setuju dan tidak setuju, ada komen yang jujur dan ada komen yang sengaja mengalihkan pandangan supaya blog ini ditutup.

Mempersembahkan cerita sebenar apa yang terjadi diantara suami isteri itu, bukannya satu FITNAH apabila disertakan dengan fakta-fakta tapi apabila bercakap dan menuduh seseorang tanpa bukti yang sah itulah yang dikatakan FITNAH. Jadi dalam soal ini jangan blog ini disalahkan kerana sejak ianya dibuka semua foto-foto dan cerita yang dipaparkan adalah benar.

Yang belum jelas sekarang ini dipihak Manohara dan Dasiy, mana buktinya:-
1. Dada di Silet-Silet
2. Dahi di Sterika
3. Tekanan mental
4. Tambah lain-lain lagi.

Jadi tak usahlah ada diantara kita mengambil kesempatan untuk mencaci rakyat Malaysia ataupun Indonesia, tak usahlah kerana seorang Dasiy Fajarina maka negara hendak dilibatkan, maka tak usahlah kerana hendak menlindungi Dasiy diatas perlakuannya menyiksa seorang rakyat Indonesia di Perancis, kisah Manohara diperbesar-besarkan. Apa yang hendak tegaskan disini, rakyat Indonesia tidak bodoh, tapi ada orang yang diperbodohkan oleh Dasiy Fajarina, itu yang blog ini suarakan. jangan diputar belitkan keikhlasan blog ini untuk memberi makluman yang sahih kepada kalian.

Tunggulah beberapa hari lagi, Pak Duta Indonesia di Malaysia akan bertindak terhadap Manohara kerana tuduhannya yang teramat berat sekiranya Manohara tidak memohon maaf secara terbuka, Tuduhan yang mengatakan Pejabat Duta Indonesia di Malaysia terima RASUAH adalah tuduhan yang keras yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan juga negara. kalau Pak Dutanya sendiri Manohara boleh buat tuduhan palsu dan Fitnah, maka tak hairanlah Manohara dan Dasiy Fajarina memfitnah Tengku Temenggong Kelantan.

Yang mereka cari adalah Wang. dan sesiapa yang banyak wang bolehlah mendampingi keluarga 3 beranak itu.


di ambil dari : http://toughlane.blogspot.com/

3 Komentar:

Dewi Pebriyanti said...

manohara terlampau kenakan2an,bdan tampak matang,tp perangai tetaplah seorang anak umur 15thn masa nikah.budak 15 thn tahu apa akan erti pernikahan?kalaupun betul ada kekerasan dlm rumah tamgganya pasti ada sebab,takkan lah suami nak terajang istri tanpa sebab.tak perlu kecoh sangat sebenarnya,selesaikan secara bijak.perempuan dah kawin mesti ikut cakap suami,suami no 1,bukan mak lg yg no 1.buat manohara insyaflah....dah la tu,u yg beria-ia nak kwin,skrang u pula yg kata TT fachry tak baik.....

nur salsabila said...

betoi...betoi....kl mmg dirogol apahal tak dr awal lg repot polis?lg pun,1 masa maknya kata yg time dirogol dia yg minta TT bertanggung jawab tuk mengawini anak dia,tp 1 masa gik mak nya kata mereka time kat kelantan dipaksa raja kelantan tuk menikah.mana satu yg betul ni?
hah..1 gik,kl lah memang TT tu kejam seperti cakap mano,knp ye TT nak bertanggung jawab.kan dah baik sangat orang macam TT tu nak dgn u,mano.yg kecoh sangat 1 indonesia tu apa hal????? tak nak ada mano2 lain konon....

Anonymous said...

betul..kalo fajarina ibu yg baik,tentunya dia tdak terlalu campor rumahtangga anaknya,kerna tempat isteri adalah disisi suami.selisih faham kecil2an adalah biasa dalam ruamhtangga,lagi Mano masih keanakan, tentunya suami sudah banyak sabar..tapi dari gambar2nya TT adalah suami penyayang. Bodoh bangat Mano, udah dpat suami baik dan kaya,masih tak cukup.mana ada didunia ini manusia yg sempurna,tentunya salah silap tu perkara biasa. itukan Fajarina lagi dasyat, mendera shaliha..sudah terbukti..tak cukup kejahatan fajarina sanggup tuduh TT suami anaknya. dia ngak tahu ya,dalam Islam isteri wajib jaga maruah suami..inikan pula dia ajar anaknya memburukkan suami sampai satu dunia sudah dijajanya..padahal dia sudah sekongkong dengan ibunya fajarina, mahu cari publisiti, sudah dapet publisiti maka senang dia mahu cari wang..satu rancangan burok fajarina sudah terbukti, skarang dia sudah dapat kontrek utk sinetron..kita semua rakyat indonesia sebenarnya sudah diperbodohkan oleh fajarina dan Mano.kerana Mano cantik rakyat indonesia tidak nampak pembohongan 3 beranak itu. ya aku yang bekerja di Malaysia malu sangat..nape ya kita mudah percaya dengan cerita fajarina dan Mano

Post a Comment